Tips on Diapering - nota penting untuk diingati (^_^)

1.Pengganti 'insert'

Menjadi pengguna Cloth diaper atau lampin moden ini, kos memang selalu menjadi masalah.Apa yang selalu saya ingatkan ialah, benda baik, kadang-kadang memang selalu mahal.Lagipun, kalau ia tahan lama, bertahun-tahun pun tak mudah rosak, ia memang berbaloi.

Untuk menjimatkan kos, selain menggunakan insert sedia ada, anda juga boleh menggunakan kain lampin biasa, seperti lampin 'Anakku' yang dilipat kecil seperti saiz insert, dan masukkan ke dalam poket cloth diaper macam biasa.Tiada masalah pun, asalkan anda kreatif menggunakan benda sedia ada.

2. Mencuci 'poo-poo' @ najis anak

Untuk lebih menjimatkan masa, saya mencadangkan anda membeli 'nappy liner' bdan letakkan sebagai lapik dalam cloth diaper.

Jika anak anda hanya buang air kecil, hanya buang terus ke dalam tong sampah.

Jika buang air besar, flush najis @ 'poo-poo' nya dalam tandas, dan buang nappy liner itu.

Atau, anda boleh juga beli 'flushable nappy liner' yang boleh terus di flush ke dalam tandas bersama 'poo-poo'.

3. Lebih serapan waktu malam

Anda boleh tambahkan insert daripada satu menjadi dua lapis, dan masukkan dengan baik untuk mengurangkan bonjolan lampin.

Atau, lebih baik jika selalu tukarkan lcloth diaper anak anda setiap 4 jam, walaupun kelihatan tidak basah (kerana material outer layer nya memang kekal kering) untuk mengelakkan 'rashes'.

lagipun, anda tidak perlu risau tentang 'sayang' nak tukar pampers sentiasa kerana kos, sebab cloth diaper kan boleh basuh? dan lebih kerap di basuh, lebih bagus daya serapannya.


4. Cepat kering dan tanpa kesan kotoran

Jika ingin menjemur cloth diaper yang sudah di basuh, pastikan bahagian innernya yang terkena sinaran matahari, sebab matahari adalah peluntur terbaik!

dan, jika menejemur didalam rumah seperti pada waktu malam, atau di rumah apartment pun sama.Cloth diaper akan lebih cepat kering daripada insert.Oleh itu, miliki insert extra yang kering adalah baik, jika jumlah cloth diaper anda sedikit.

5. Jangan lupa 'laundry tab', sedikit sabun sahaja dan air yang banyak.

bila membasuh cloth diaper, tutup celcro anda ke 'laundry tab' untuk mengelakkan ia melekat antara satu sama lain, dan merosakkan fabriknya.

Dan paling penting, jika basuh dengan mesin basuh, atau dengan tangan sekalipun, jangan campur dengan pakaian atau kain kotor yang lain, kerana cloth diaper hanya memerlukan serbuk pencuci yang sangat sedikit sahaja, sekadar mecuci kesan kotoran dan bau.

Sabun yang banyak akan merosakkan fabrik, mengurangkan daya serapan, dan boleh menimbulkan rashes hasil tindakan najis/kencing anak anda dengan sisa sabun yang mungkin masih melekat pada fabrik.

6. Penjagaan sebulan sekali

Lakukan 'stripping' iaitu membasuh scloth diaper anda mengunakan sedikit sabun basuh pinggan sunlight atau apa-apa sabun basuh pinggan cecair,di campur dengan dalam satu sudu kecil soda bikarbonat dan sedikit cuka (dalam lima sudu makan / setengah cawan kecil) dan basuh dengan air suam di dalam mesin basuh.Boleh juga gantikan cuka dengan perahan lemon.

Ini untuk menanggalkan kesan sisa sabun yang mungkin terbina kerana cucian tidak bersih, dan meningkatkan daya serapan cloth diaper anda.

Untuk bau yang lebih segar, masukkan setitis- dua essential oil seperti lavender,mint etc.

Basuh beberapa kali dengan air yang banyak sebelum spin.

7. Jimatkan masa

Selepas anda menjemur, semasa melipat kain, pastikan anda terus setkan button untuk saiz, dan masukkan insert siap-siap, sebellum menyimpan.Percayalah, anda tidak akan kelam kabut nak memakaikan lampin anak anda nanti!

8. Tukar setiap 4 jam

Untuk mengelakkan kebocoran, jangan lupa tukar setiap 4 jam, atau bila si manja anda kelihatan tidak selesa dengan lampinnya, kerana dia mungkin sudah terasa basah ' di bawah'.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...